Tuesday, 8 November 2011

Twin Special Plan (TSP)

APAKAH MAKSUD TWIN SPECIAL PLAN?

Twins Special ialah pelan perlindungan yang dirumus khas untuk memberikan anda manfaat:
• Jaminan tunai.
• Memberi perlindungan terhadap kematian dan hilang
upaya menyeluruh dan kekal.

MENGAPA HARUS SAYA PILIH TWINS SPECIAL?
Ini kerana ia merupakan pelan perlindungan yang melindungi hayat anda DAN membayar anda wang tunai setiap tiga tahun. Anda beroleh keyakinan bahawa kebajikan anda sekeluarga terjaga sewaktu anda memerlukannya sambil menikmati wang tunai tambahan untuk digunakan mengikut kehendak anda – untuk mengubah suai rumah, pendidkan anak anda ataupun untuk memenuhi sebarang keperluan dan hasrat.

ADAKAH SAYA LAYAK MELANGGANI TWINS SPECIAL?
Twins Special tersedia untuk sesiapa sahaja yang berusia di antara 30 hari hingga 60 tahun.

BERAPAKAH YANG SAYA PERLU BAYAR?
Premium anda bergantung kepada jumlah yang diinsuranskan dan tempoh pelan yang anda pilih. Anda tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan naik turun kadar premium. Sebaik sahaja anda mendaftar, kami memberi jaminan premium yang sama sepanjang tempoh polisi.

ADAKAH TERDAPAT SEBARANG DISKAUN?
Untuk menikmati diskaun, anda boleh memilih untuk
membayar premium anda terlebih dahulu secara sekaligus. Anda juga boleh membayar dalam tempoh yang lebih singkat daripada tempoh polisi. Sekiranya jumlah asas yang diinsuranskan ialah RM30,000 dan ke atas, diskaun untuk jumlah besar yang diinsuranskan akan diberikan.

No comments:

Post a Comment